Duit. Braper byk baru cukup?

Manusia, bile diberikan emas 1 gunung, nescaya akan dimintanya 1 lagi

Sembang 0

Perjuangan yang belum selesai-Tun M

Pengalaman hidup

Sudah jatuh, ditimpa tangga. diberak burung.tertelan skit.

Brain wash

how innocent jokes can mess with ur mind

mudu?pettew?

The origin of mudu

Tuesday, 28 February 2012

Pengalaman hidup 2

uurghhh da nk abis da bulan Februari ni. Tapi aku still lagi menganggur. tenang mudu tenang. baru 6 minggu nganggur. nway, tahukah anda bulan februari tahun ni ada 29 hari? (You don't say). sebab setiap tahun lengkap adalah 365 1/4 hari. haahah..common kaw2. nway, aku saja je nk share pasal pengalaman aku yang ke-2. dier nye time frame lebih kurang cam post pengalaman hidup 1. time intern. btw, buat sapa yang tatau, aku wat intern aku kat Petronas Lubricants International Sdn. Bhd. kat Tangga Batu, Melaka. dari 7 June 2010 sampai 14 jan 2011. mule2 aku the only trainee kat situ. lepas beberapa lama baru la datg sorang ni dari IKM.

Mula2 sampai kat Melaka, aku ada da rumah sewa. ada orang rekemen. Rumah dier ceruuukkkk dalam ladang getah. Tapi tu perumahan la. rumah dier not bad. ada 3 bilik. aku sewa 1 bilik. aku luper da aku sewa 120 ke 150. tapi kire ok la. tak mahal. lagi 2 penyewa tu, sorang budak tu keje manager kat Tesco. kepala dier ok. steady. budak ///. sorang lagi, ada sedikit pening. dier ni orang agak berumur. aku rasa late 30s kot. dier ni aku tatau keje ape. asal aku balik je dier ada. sambil hisap rokok daun. rokok daun ke weed aku tatau la. tapi ok la. dier tak kacau aku. at least mula2 la dier tak kacau. aku duduk umah tu sebulan gitu. time duduk situ, ada la 3-4 kali. mamat tua ni datg muka sedih. pinjam duit. singgit 2 inggit. kadang2 bosan gak,. sebab aku trainee kan?nk bayar duit kete, duit umah, nk kene sara kau lagi. dem. ada skali tu, time aku takda, dier ceroboh masok bilik. kutip duit syiling. tapi dier cakp. hahahah. tapi tensen gak la. kot2 aku ada simpan benda2 private ke kan dalam bilik tu? kalo dier leh suke2 masok, baik aku sewa ruang tamu, tak yah sewa bilik. sumer orang leh masok "bilik" aku..hhaha

nk dijadikan cerita, time lepas aku intern dalam sebulan kot, ada budak intern baru datg. budak IKM. amik chargeman. kite panggil dier "pedot". sebab nama dier pedot. hahhha. dier trainee gak. macam aku. bapak dier pegawai JAKIM. pakai merc mata belalang. dalam hati aku mesti kaya mamat ni. haha. bapak dier tanyer aku, mintak tumpang lah umah aku. disebabkan aku tak selesa duduk kat umah tu, aku ajak skali budak tesco tu kuar, carik umah laen. dok sama2. jadik aku, budak tesco ngan pedot pon nyewa la skali.. carik punye carik umah, akhirnya dapt. yang carik aku ngan budak tesco. tapi rumah ni susah skek. penyewa lama buat taik,. bil api sangkut sampai 5 ratus, bil air beratus gak ar, ngan sewa umah tertunggak 6 bulan tak silap aku. so, orang tu cam berat la nk sewakan. tapi rayu punye rayu, dier kasik gak. tapi, aku kene settlekan la bil2 tertunggak tu. takpa!kawan baru punye pasal, aku settlekan. tapi kite bagi 3 la kan?

hari yang ditunggu tiba. pedot datg sebondong2 dengan bapak dier. dulu datg just melawat. abih adik beradik orang kg dier angkut g kilang.hahaha..pastu, aku cerita la kat bapak dier pasal umah sewa tu. aku tunjuk resit skali. resit pembayaran. bapak dier angguk2 tanda paham. pastu aku claim la. aku cakp ni total dier. aku luper la exact amount. tapi aku roundkan la skek. tapi tak sampai 10 inggit pon. cam kalao 163 aku roundkan ke 170. sebab aku carik umah, aku g settlekan bil api kat masjid tanah (tak leh bayar kat pejabat pos sebab da dapt warning letter). pastu bapak dier kuarkan calculator. bapak dier total up sendiri. dier kasik ngam2 je that amount. (seyes aku lupe braper). bak kata karam singh walia, "rumah terbakar nampk asap, hati terbakar tuhan saja yang tahu".

btw, kalo detail sgt kang panjang sgt post ni. aku pendekkan la. pendek cerita mamat ni kan bapak dier JAKIM so mmg alim ulama' la. tiap2 kali datg kilang dier akan greet sorang2. bagi salam. n bile balik ptg2 dier akan mintak maaf, dekat sorang2. demmit. aku selalu dapt dari abg2 ni " mudu, kenapa kau tak jadik macam pedot." aku rasa bengang je. hahah. ye la, kan bagi salam tu sunat. aku da sunat skali da la. kang sunat byk2 kali, ape pon tak bole. nk jadikkan cerita, dier tumpang kete aku g keje. so, time aku intern kebetulan awek aku, si sakinah balik malaysia. so, aku berkunjung la rumah dier skali dua. biasanye tak balik umah dulu. tak sempat. kang b4 maghrib nk balik. so heret la dier skali. msa 1st time, aku bawak dier, dier tak nk masok umah sakinah ni, padahal mak, nenek ngan adik sakinah sumer ada. mak si sakinah asik "masok la.masok la" shitttt..aku da segan gle da. hahahhaha. ada skali tu lagi tahi, aku cam nk asar la. aku mintak sejadah kat mak sakinah, si pedot berhati mulia ni kata " kat umah tak semayang, kat sini baru nk semayang".. aku tatau mak sakinah dengar ke tak. tapi mmg FUUUUUUUUUUUUUU.......aku baru nk berpura2 jadik baek.dem.

so ada byk la perselisihan antara aku ngan dier. tapi for da sake nk pendekkan post, aku str8 to da point. ada satu masa tu, time bulan ramadhan, dier tak balik umah. time tu dier ada kete da. bapak dier belikan. kancil.lama gak dier tak balik. dalam nk dekat sebulan.n ada ponteng la 2 3 hari intern. dier ngan aku bawah maintenance, bawah Hasbullah Taib (brother ni awesome). aku igat dier lari umah sebab time tu kami ada gado la skek. so aku rasa bersalah gile la. tapi aku pk maybe la dier tahajud ke kat masjid. ye la. kan ramadhan. then, ada 1 hari tu, dier datg kilang, dahi dier bertanda. kereta dier ada kemek. abg2 ni tanyer, apesal kepala kau?dier jawab terhantuk.

tapi langit tak selalunye cerah. kadang2 tahi merpati melanda. dier bukak cerita kat satu brother ni, nama dier Bob. dier sorang boilerman yang berjaya. hahaha. mamat ni, jenis susah skek simpan rahsia, rupa2nye kepala dier bertanda, sebab kene hentak ngan orang kampung kat pantai kat tangga batu pasal bawak lari anak dara orang. OMG. THIS IS LIKE THE BEST DAY OF MY LIFE. takda la alim mana kot kalo bawak lari anak dara orang? menurut cerita dier skekkkkk ag nk kene rodok perot dier ngan pisau. nasib baek ada guard hotel nampk. tapi kereta dier kene pecah. So, selama ni, dier bukan la g tahajud. rupanye2, dier bawak lari anak dara orang. budak tu dok pahang. umur 15 tahun (kaw2 pedobear), kenal kat celcom chat (aku tatau ape tu), n paling best ada sedara kat bukit rambai.hahah..tapi mmg sedih la cerita dier. tido kat melaka central la. ada tido bergilir la. sorang tido dalam masjid, sorg tido dalam kete.

aku rasa best gile. sebab aku tak lagi nampk seperti budak jahat. bile2 ingat balik, mmg rasa bengang la. sebab aku pernah kene sound ngan dier. sebab, ada sehari tu aku pinjam camera dier ntuk tujuan kerja. then, aku bawak g PD ngan sakinah. so ada la gambar sakinah. pastu abg2 maintenance tgk gambar tu, abg tu tanyer, kau tak bawak pedot skali mudu?sambil gelak2 nganjing. pedot ngan alimnye menjawab "ah buat ape. tu sumer maksiat. berpeluk-pelukkan." seriously dude. gambar duduk sebelah2.tu je paling intim. ni sume fitnah!fitnahhhh..

byk lagi la kalo nk cerita. btw, aku takda bukti nk verify cerita ni, melainkan orang2 yang terlibat macam hasbullah taib (refer kat fb aku), dier dulu HOD kat plisb skang dier gerak ke Cadebury. tapi seriously cerita ni betul. aku rasa macam nk tulis lagi tapi nanti panjang sgt. kesimpulannye, manusia nampk gaya baek tak semestinye baek. rambut sama hitam, hati sapa tahu? merah da menyala pasti mati sapa mahu?gagap 3 kali bercakp benar saja. bulan mengambang ramai yang keluar buat kerjaaa. eyh ter-mentera beradu plak .


looks can be deceiving, is it?


~in the memory of PEDOT~

Sunday, 19 February 2012

Hafalan shalat. Ini bukan drama Indon

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Hari ni hari Ahad, 19 Feb 2012. Aku tatau da braper lama aku grad, tapi rasa macam da dekat 20 tahun. penantian itu satu yang menyiksakan. bile nk dpat keje ni?!hahaha. Nway, tengah2 boring ni, aku rasa macam nk tulis blog. Ingat nk tulis pasal Najib dengan sambutan Thaipusam ngan video Anwar meraih undi. Tapi pk2 balik tak perlu lah, kang kalo salah tulis kang jadik fitnah. sekali pk punye pk, aku decide nk tulis sumthing yang berfaedah skek. nk tulis pasal makna bacaan solat! at least aku dapt blaja skali. So, post kali ni peringatan ntuk aku dan kita semua tentang makna2 bacaan solat.

Ada orang kata, kalo nk khusyu' kene tahu apa maksud bacaan solat. yela, kite orang Melayu, mana paham bahasa arab. yang aku tau "ana wa unta" je. ekekekke. n aku yakin la, tak sampai separuh kat luar sana yang paham ape yang dier baca dalam solat. so, mari kite mengetahui dan mengingati maksud2 bacaan solat. 

Doa Iftitah

أللَّ‍هُ أَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Alloh Maha Besar dengan segala kebesarannya. Segala puji bagi Alloh. Maha Suci Alloh dipagi dan petang hari

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ اْلمُشْرِكِيْنَ
Kuhadapkan jiwa ragaku pada Dzat yang menciptakan langit dan bumi dengan mengakui kebenaran serta berserah diri, dan tidaklah aku termasuk golongan orang-orang yang musyrik 

إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ
Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Alloh Tuhan semesta alam

لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ اْلمُسْلِمِيْنَ
tiada sekutu bagiNya karena dengan itu aku diperintah. Dan ketahuilah sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim

Al-Fatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.        

 Ruku'

سبحان ربي العظيم وبحمده
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

 سَمِعَا للهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

رَبَّـنَا وَ لَكَا لْحَمْدُ
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Sujud
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى وَ بِحَمْدِهِ
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Duduk antara 2 sujud

رَبِّ اغْفِرْ لِى وَارْحَمْنِى واجْبُرْنِى وَارْفَعْنِى وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Tahiyat awal

ﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻛﺎﺕ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎﺕ ﷲ
Segala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah

ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﷲ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ
Semoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya

ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﷲ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ
Semoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh.

ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ
Aku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah

ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ
Dan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah    

Lanjutan tahiyat awal (tahiyat akhir)

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
Dan kepada keluarga Muhammad
ﻛﻤﺎ ﺻﻠﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Sebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Dan kepada keluarga Ibrahim
ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ
Ya Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ
Dan kepada keluarga Muhammad
ﻛﻤﺎ ﺑﺎﺭﻛﺘﺎ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ
Sebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
Dan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini
ﺇﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪ
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

Doa Qunut

اللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
 Ya Allah berilah hidayah kepada ku seperti mereka yang telah Engkau beri hidayah

وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ
dan sihatkanlah aku seperti mereka yang telah Engkau sihatkan

وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
dan lindungilah aku seperti mereka yang telah Engkau lindungi

وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ
dan berkatilah bagi ku pada apa yang telah Engkau berikan pada ku

وَقِنِيْ بِرَحْمَتِكَ شَرَّمَا قَضَيْتَ
dan peliharakanlah aku dengan rahmat Mu (dari) kejahatan yang telah ditentukan (oleh) Mu     
فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
sesungguhnya Engkau yang menghukum dan bukannya Engkau yang dihukum

وَإِنَّهُ لاَيَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
dan tidak akan hina orang yang telah Engkau muliakan

وَلاَ يَعِزُّمَنْ عَادَيْتَ
dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan
تَبَارَكْتَ رَبَّـنَاوَتَعَالَيْتَ
Maha Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau

فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
Maka bagi Engkau segala pujian atas apa yang telah Engkau tetapkan

أَسْتَغْفِرُكَ وَأَ تُوبُ اِلَيْكَ
Aku mohon ampun kepada Mu dan aku bertaubat kepada Mu

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Dan telah rahmat oleh Allah atas penghulu kami Nabi Muhammad, dan atas keluarganya dan sahabatnya dan keberkatan dan sejahtera
                

ok tamat. Tgh google2 aku terjumpa sepotong ayat al-Quran yang di-share dalam blog yang juga bahan rujukan untuk post kali ni. Ayat dier bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kalian mendekati ( Mengerjakan sholat) sedang kalian dalam keadaan mabuk, sehingga kalian mengetahui
( Menyadari) apa-apa yang kalian katakan.
 Dalam surat An Nisa' : 43
http://bukusholatku.blogspot.com/2008/06/bab-ii-haruskah-mengerti-arti-bacaan.html

another source: http://sallihhassan.blogspot.com/search/label/Bacaan%20Dalam%20Solat%20%28Terjemahan%20Per%20Kata%29

Last skali aku nk share pasal video orang solat ada kat utube. tentang tahap penghayatan yang diperoleh semasa solat. PENDAPAT aku, dier dapt penghayatan macam tu sebab dier memahami ape yang dibacanye ketika solat.
 

btw, sorry do pasal petak bawah ni. aku cuba2 delete tak bole2. kalo kat utp, bole tanyer rumet tapi rumet da takda.dier da keje. :(
btw, kalo ada kesilapan dalam post kali ni, plz share. tq. sesungguhnya aku tidak sempurna dan tidak pernah lari dari kesilapan.










 

Saturday, 11 February 2012

Kentucky Fight Club



بسم الله الرحمن الرحيم

Arini 11 Hb Feb 2012. Patutnye kuar result semester terakhir aku. Harap2 sumer ok. Jgn nk mengada la skang baru kau nk fail ke ape ke. Haha. btw, aku terasa cam nk tulis sumthing pasal isu yang hangat gile skang ni, pasal budak kene terajang kat KFC. kecoh la kat FB pasal isu ini. sumer orang majoritinye tibai budak KFC tu. ada yang kata dier Bodoh dan ada yang kata dier low class (sumpah bajet budak pompuan yang tulis ni)..

Nak dipendekkan cerita, benda ni jadik racial issue. sebab si mamat kene sepak ni, seorang cina (eyh racist tak ni aku panggi dier cina) dan yang menyepak nye orang melayu. kalo bukak kat utube ka, FB ka ramai ar maki2..inter racial punye maki2. tapi persolannye sapa yang betul?sapa yang salah?cina tu ka?melayu tu ka?Jawapannye 2 2 pon salah!teetttt!!

kenapa melayu tu salah? jawapan dier senang je. melayu tu salah sebab dier touch cina tu. dier g pukul dier. dier patut tak boleh buat gitu. sebab cina tu customer. tapi pokok takkan bergoyang kalo takda angin betul? takkan la ayam takda, melayu tu bengang tensen dengan kerja dier dan mengambil keputusan ntuk terajang seseorang kat luar.

customer: bang. nk diner plate 1. snack plate 5. air sumer air zamzam.
Bro KFC tu: Ayam?ayam??ayam????!!!! AYAM TAKDA!!TAK LEH JADIK NI!AKU KENE SEPAK SORANG NI!  HA KAU MKN NI. PENYEPAK.

tak. kalau tak kene provoke mest tak kene penyepak. so 2 2 salah. tapi bagi aku yang paling sial skali bile dilibatkan parti politik siap buat conference bagai. sebab hakikatnye, cina tu takda ape pon. Tu hakikat.

Kite tgk insiden kat Batu Anam, Segamat. tu area rumah aku. Ada cina , dier bukak kedai runcit, kat Batu Anam, nama dier kedari Mini Yap. kalo budak batu anam tatau ape kedai tu leh pancung je pale dier. mustahil dier tatau. nk jadikan cerita taukey kedai tu rogol pekerja dier India. akibatnye? akibatnye taukey cina tu kene bunuh dengan dibakar kat depan kedai dier dengan ntah samseng india.. ni bukan cerita dongeng. ni cerita betul. takda pon jadik isu racial issue.

yang kedua time aku kat cc, budak melayu maen up2 motor. skali ada budak cina kutuk2 fuck2. amik kau kene tibai ngan budak melayu tu sampai masok sepital. takda pon jadik racial issue?

sebab 2 2 settle dengan cara betul. pergi buat report polis. tak yah nk libatkan parti politik ka. dier takda kene mengena pon. nk saman, saman. tak yah nk wat kecoh2. kang kalo jadik racial flare up mcam 13 Mei sapa nk tanggung?

berkenan ngan kes budak kfc tu, orang kata patut mulut lawan ngan mulut. bagi aku ni jawapan dier, kalao orang da hentam bangsa kau, just sebab dier customer yang beli ayam kat kedai yang bukan kedai kau pon, mmg patut kene hentam. kalo betul melayu tu patut disalahkan sebab dier tak guner proper channel nk selesaikan isu tu, cina tu pon sama. kan ada customer service. ada manger. g la buat aduan service ka ape ka. bukan buat suke hati like u own da place just because u buy some ciken.

"kerana pulut santan binasa, kerana mulut, mkn penyepak la jawabnye"
-anonymous

but then, itu hanyalah humble opinion. aku nyatakan ape pendapat aku.

hahaha.. aku pon baru pasan. ribbon dier macam kaki orang. ekeekkeke

Monday, 6 February 2012

MARAH


 بسم الله الرحمن الرحيم

perghh..bile bukak blog ni rasa cam da berabuk da.. lama gile tak update. dalam sebulan lebih kot. Padahal bukan ada ape pon nk wat. ye la. kan aku nk jadik penganggur skang. ekekeke. ouh btw, buat kawan2 yang da dapt keje, tahniah diucapkan, yang belum dapt lagi macam aku ni, mari la kiter berusaha dan berdoa, insha Allah ada rezeki tu. cuma belom masanye lagi. ulat dalam batu bole idop~ (ulat dalam batu mkn tanah, kau mkn tanah ke?ekekekke)..


Nway, yang mendorong aku ntuk menulis kat blog ni ialah sebab insiden beberapa hari lepas. beberapa hari lepas, ada satu hamba Allah ni, dier ada tugasan. Tugasan ni melibatkan orang dari jabatan lain. nk dijadikan cerita, benda tu sort of cam urgent gak la. tapi minah yang dipertanggungjawabkan ntuk settlekan benda ni tak settle kan. then hamba Allah ni marah la. da start bising2 marah2. tapi yang tak best nye, mamat yang tak bersalah, aku, kene mendengar leteran dier tu. Bukan sekadar leteran la, kire high pitch leteran. like super duper leteran. gile sian mamat tu. seyes shit mamat tu tak bersalah. now, ape yang mamat tu buat sampai dier deserve jadik cam punching bag ntuk hamba Allah ni melepaskan geram?

Tapi aku rasa benda ni common je, mungkin dialam pekerjaan nanti, sebab ada sorang buat silap, sian orang laen lak kene marah. cam dalam family pon, abg kau buat taik, abih ngan kau skali kene tibai. even though, the other person tu tak wat paper pon.


yup, macam gambar kat atas ni, bile kau marah lots of thing yang kau wat doesn't really make any sense. chill a lil bit. organize your thought. re-group. then baru react. deal?

kesimpulan yang aku nk wat kat sini adalah simple. selalu kite ni marah dengan benda2 sekeliling kite. cam traffic jam ke, service lambat kat fast food, or kawan/gf/bf wat palat but please la jgn nk memekak2 kat orang yang takda kaitan dengan benda tu. especially bile orang tu adalah orang yang dekat dan selalu tlg kite. yes, kite bole la ngadu, nk luahkan perasaan. tp ada caranye. bukan dengan cara cakp dengan terbeliak2 mata, high pitch n rude voice or yours. sebab kite kene ingat, bukan kau sorang je bole marah dan bukan kau sorang sahaja boleh kurang ajar.


Sabda Rasullah tentang sifat marah.

“Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”

(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud) 

btw, for PETRONAS scholar, mari kite doakan semoga pernantian ini berakhir dengan pantas dan yang penting skali berakhir dengan senyuman. insha Allah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More